Saturday, December 17, 2011

Lab oh Lab

Salam.

Wah, lamanya tak update blog *almaklumlah bukan rajin sangat*. tetiba je hari ni terasa nak update blog. Kesibukan di tahun akhir membuatkan tak sempat nak update. Macamlah selalu update sebelum ni kan :P kalau  kat rumah memanglah sebab goyang kaki je, tapi tak adelah goyang kaki je..hehe

Semester ni dan semester depan busy dengan projek tahun akhir, masuk Lab lah hari2 jawabnya kalau tak nanti tak sempat nak habiskan experiment.

ni bukan tempat saya ;p Yen Sze punya tempat ni

berdiskusi dengan Kak Bell

mesti akak tak perasan saya ambik gambar ni ;p

Yen Sze serius, Nadiah tersenyum je

motif gambar ni?

Tu lah serba sedikit keadaan kami di Lab Genetic Engineering ni ye di bawah supervision Dr Hairul dan dibantu akak2 dan abang master seperti Kak Bell, Kak Liyana, Kak Mas, Kak Suk Pin dan Abg Jerry dan kami-kami student FYP Dr Hairul iaitu Ker Shing, Yen Sze, Saiful, Elise, Iris, Nadiah dan saya. Untuk masa sesingkat ni, banyak pengalaman yang dapat dan macam2 insiden berlaku, teringat Aimi, Dell, Aja dan kawan2 lain di lab sebelah iaitu Lab Microbiology , kelakar! hehe. Lepas ni kena snap gambar banyak2 lagi, memori duduk dalam lab dan sebagainya..keke



Harapnya saya rajin update lagi lah lepas ni . By the way exam finals in 2 more weeks!


Monday, September 5, 2011

Bubur Lambuk

Salam

Bubur Lambuk? yes! bubur lambuk. hari ni nek buat bubur lambuk, sedapnya. memang dah lama tak makan, Biasanya time puasa nek rajin buat bubur lambuk tapi disebabkan nek buat Umrah sepanjang bulan puasa sampai raya, tak dapat la merasa. masa telefon nek pun semua cucu2 nek dan mak sedara cakap rindu dengan bubur lambuk yang nek buat.
bawak balik rumah----> masak2 kat rumah nek

Bubur lambuk nek! Sedap


Tup tup nek cakap nak buat bubur lambuk hari ni..hehe..Dapat merasa..kesian sepupu2, adik2, mak saudara dan ayah saudara yang dah balik, nampaknya yang duduk dekat dengan rumah nek la dapat merasa. Bagi yang tak dapat merasa apa kata tengok gambar dulu..balik nanti suruh nek buat lagi bubur lambuk ye.

Khamis ni nek cakap nak buat Nasi Dagang, ni pun lama tak makan..hanya dapat makan bila balik Terengganu, kat Sarawak susah nak cari Nasi Dagang( ada ke kat Sarawak?)hmm..
Nasi Dagang ni menu wajib yang nek masak time Raya, tapi semua tak dapat merasa masa Raya Pertama. Takpe2 nanti nek masak :)



Monday, August 29, 2011

Kerja2


Baru lepas membasuh lantai kat luar, penat memang penat tapi kerja tetap buat :)
Dari pukul 9 pagi tadi sampai pukul 12.30 tadi baru siap..fuhh, basuh2 lantai, lap2 tiang yang banyak. Nasib baik ada adik bongsu-Auni yang menolong..Tahu dia nak menolong tu sebab nak main air je tu, tapi paksa jugak dia buat kerja..haha

Monday, August 15, 2011

Jodoh

Salam.






Mesti ramai yang selalu bertanya pasal jodoh, tak pun siapa girlfriend, siapa boyfriend, bila nak kahwin etc.


Jadi jika ada yang bertanya, inilah jawapan yang terbaik untuk menjawab soal jodoh :


Kenapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk kita


Dah berpunya?
Ya, kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2


Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepada diri kita


Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti


Oleh itu, janganlah kita selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia dia terletak di tangan Allah. Sampai masa Allah akan membongkarnya


p/s: copy from my friend



Sunday, August 14, 2011

Running Man

Salam

Dah sebulan bercuti di rumah bermakna tinggal lagi sebulan sebelum balik Unimas. Tiket flight dah beli, yang bestnya dapat tiket murah. Saje2 je check Air Asia hari tu sebab memang nak kena beli tiket dah, takut harga lagi mahal. Buka je tengok harga KL-Kuch RM 53! Apa lagi terus beli lah! he he he. Walaupun terlepas nak beli time harga RM0 dulu, ni pun kira okey la ni, susah nak dapat murah2 ni, time promo je. Jadi bila total tak sampai RM100 pun. So, check pulak yang dari KT-KL, uish! lagi mahal dari Kl-Kuch! tapi nak buat camne beli je la. Biasanya kalau dari Terengganu tak sampai RM100 pun. Tapi tak ape, yang penting dah beli tiket. Alhamdulillah, tak perlu risau pasal tiket lagi. :)

Dah selesai tiket jadi mari kita bercerita pasal Running Man. Running Man ni variety show dari Korea, memang best sangat! kalau tak gelak memang tak sah.

Ni lah ahli2 tetap Running Man, setiap minggu akan ada guest

antara aksi2 kelakar diorang

Time ni Running Man pergi Thailand

Yoo Jae Suk. Dia ni macam lead host la antara ahli Running Man yang lain
Antara guest yang pernah datang :

Kim Hyun Joong

Jang Hyuk

Yuri SNSD

Daesung BigBang

Hee Chul Super Junior
Jadi, mari kita sambung tengok lagi Running Man. Episod yang tengah tayang sekarang episod 56 tapi saya baru  tengok episod 54. jadi siapa2 yang nak tengok boleh download atau watch online dekat SINI ataupun this one. Tak pun tengok dekat Astro One HD channel 393. :)

Selamat menonton!

Monday, July 11, 2011

Mental Age


The My Mental Age Test
Your mental age is
38

my mental age is 38??
17 years older than me
you can try this too, click here

Unavailable

My Facebook account temporarily unavailable...what happen? Does anyone know?

Sunday, July 10, 2011

Salam

Bermula esok merupakan minggu terakhir saya menjalani latihan praktikal di MARDI, walaupun sepatutnya dah habis 8hb yang lepas tapi saya sambung untuk beberapa hari. Gonna sleep early tonight cause i'm going to work tomorrow.

Will update later :)

Tuesday, June 28, 2011

Aura Warna Solat

Salam


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam-Ustaz Zahazan


Saya ada terbaca pasal kaitan warna alam dengan solat dah lama jadi saya nak share balik apa yang saya baca. Jom baca :)


SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


ASAR
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYA'
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Friday, June 17, 2011

Tidak!!

Alamak! Bila check balik petang tadi harga tiket dah naik balik jadi RM100+..cepat sungguh habis


p/s: bile nak beli tiket ni

Salam Jumaat

Salam.

Sekarang dah pukul 4.10pm, tengah tunggu nak balik je..minggu ni balik Nilai kat rumah Amilan--->ayah saudara, minggu lepas balik Wangsa Maju jadi minggu ni mesti la balik Nilai..gilir2..hehe

Oh ya, Aimi bagitahu tiket balik Sarawak 10hb murah, RM23 je! kalau total semua dalam RM40..murah tu, kena beli tiket cepat2 ni, nanti harga naik balik

bye2 :)

Wednesday, June 15, 2011

Gegaran

Salam

Selamat pagi :))

Gegaran?? gegaran apa? ceritanya bermula macam ni..hehehe

Semalam bersamaan hari Selasa 14 Jun 2011, saya pergi kerja macam biasa, sampai kat lab dalam pukul 7.35 am kalau tak silap..dah sampai mestilah rilek2 dulu sambil tunggu Kak Siti a.k.a akak kat lab. Bila Kak Siti  dah sampai kami borak2 lah sebab keje biasanya start kul 8.30..Tengah2 syok berborak tetiba dengar bunyi macam ade benda bergegar, terus tengok kat sebelah kiri..Rupanya pintu sliding door bilik laminar flow bergegar..terkejut kot, mcm pelik pulak kenapa pintu tu tetiba bergegar..tapi sekejap je, x sampai 1 minute rasanya, x kira lah pulak..hehe

Lepas tu, Kak Siti ni pergilah Lab sebelah yang di incharge oleh En Azmi sebab nak amik pure water untuk buat Agar..balik je, terus Kak Siti bagitahu pasal bergegar..saya dengar macam Kak Siti cakap " En Azmi jatuh, sampai kerusi bergegar..pastu saya jawab " oo, ye ke ''

Malam tu pulak saya ada ternampak Ker Shing post kat facebook tanya Yen Sze dan Boon Yee pasal tremors..saya pun join la comment tnya tremors apa, pastu dia bagitahu pagi selasa /semalam tu ade gempa bumi berlaku kat Sumatera..area Selangor ada terasa gegaran tapi yg paling worst kat Putrajaya..saya macam ok, i better be careful


                                                                    sumber dari Google

Pagi ni saya cerita kat Kak Siti ada gempa bumi berlaku kat Sumatera, dan ada gegaran kat Selangor dan Putrajaya..pastu dia cakap "aah, kan akak dah cakap semalam, sebab tu pintu sliding tu bergegar"
saya pun " owh, ye ke? x perasan pulak akak cakap macam tu..hehe, yang En Azmi tu kenapa pulak?
Kak Siti jawab " masa dia duduk kat kerusi dia pun terasa bergegar, apa yang awak dengar akak cakap semalam? saya  pun jawab la macam ni " hehehe, saya salah dengar..saya ingat kan akak cakap En Azmi jatuh kerusi..patutla x logik sampai pintu sliding boleh bergegar macam tu sekali"
Tapi, masa first Kak Siti bagitahu pasal kerusi En Azmi tu, saya tak terus relate dengan pintu sliding yang bergegar, saya just macam "oo, ye ke? okey" terima seadanya, haha

Jadi moral of the story :

Lain kali saya kena dengar betul2, itulah padahnya bila tak beri tumpuan bila orang lain tengah bercakap..jangan terima je bulat2


p/s: semoga selamat semuanya yang berada Sumatera

Saturday, June 11, 2011

Selamat Tengahari

Salam.

lama tak update blog, nak update tapi tak sempat sempat lagi. kerja @ praktikal memang penat tapi best!
lain kali baru update betul2 ye..hehe


Tuesday, May 24, 2011

Penang

Salam.

heee, hari  tu saya ada bagi tahu rindu Nasi Kandar kan? Nampaknya saya dapat peluang nak makan Nasi Kandar, pakcik saya merangkap adik abah yang bongsu ajak pegi Penang hari jumaat ni after kerja..katanya nak pegi kenduri kahwin and melawat makcik yang tinggal kat Kepala Batas..pegi Jumaat dan balik Ahad, agak penat la sebab Isnin kerja lagi



Kepada Aja:

sori tak dapat pegi rumah hujung minggu ni, tak dapat nak tolong-tolong, makan-makan, jalan-jalan..hehe, lain kali saya pegi rumah  Aja ye

Kepada Nana dan Cikot:

Minggu ni memang kita tak dapat keluar jalan2 dengan Aja, Syakir, Aimi dan Famila..next2 week ye..hehe :p


p/s: dah sesat dah jalan2 kat sini----normal la tu..haha

Saturday, May 21, 2011

LI @ Latihan Industri

Salam.

Exam dah habis dan dengan rasminya Latihan Industri @ Praktikal @ LI saya telah bermula pada 16 Mei bersamaan Isnin yang lepas. Saya menjalani LI di MARDI, Serdang under Department Air dan Tanah. Tengok nama deparment macam tak ada kena mengena dengan kos saya, Biotech kan? tapi sebenarnya ada. Saya ditempatkan di Makmal Mikrobiologi Tanah.

Kat makmal ni, mestilah banyak deal dengan bacteria bacteria terutamanya dari tanah, dah pun nama Makmal Mikrobiologi Tanah..hehe. Minggu pertama ni, supervisor suruh tolong RA@ Research Assistant lab- akak Walidah buat keje keje lab..setakat ni baru buat dilution, spread plate, streaking, buat agar or broth ,belajar guna autoclave, shaker, pegi ladang untuk siram stock containing bacteria kat plant and etc. Basically yang ni la buat dalam minggu pertama ni. sample pun banyak yang baru sampai jadi hari hari terawal ni memang buat dilution, spread plate, streaking..Bila dah praktikal ni baru tahu step step yang sebetulnya, dulu time lab main buat je ikut lab manual..hehe

Next week RA nak ajar run PCR, purification, buat agar, DGGE..DGGE tu stand for Denaturing Gradient Gel Electrophoresis---> ni latest technique ala ala Gel Electrophoresis tapi newest punya technique.
Hope jadi la plan next week tok ( eh, terkeluar Sahasa Sarawak pulak, hehehe)
Memang best keje dalam lab ni, Kak Wa pun bagi saya try semua bende yang dia buat and ajar technique yang sebetulnya.

Bagi saya, waktu praktikal lah masa untuk kita belajar macam macam, walaupun mungkin tak ada kena mengena dengan course yang diambil, tapi at least kita belajar benda baru, as for scientist we have to learn new things every minute, hour, day, week, year..ini pendapat saya

Jadi, kat mana mana pun kita praktikal kita akan belajar benda baru, so appreciate it :)
Don't waste our time dengan merungut tak best, tak suka and etc.
And also don't compared tempat LI sesama sendiri, sebab tak semua tempat LI akan buat benda yang sama kan? depends kepada Lab or tempat LI kita lah :) sebab tu saya tak suka nak komen dalam Fb unless ditanya tapi bila yang lain duk bercerita saya kadang kadang join sekali je..hehe, it's just my opinion ya

Kepada kawan kawan saya semua, Selamat Menjalani Latihan Industri. Don't stress ok! hehe



p/s: kalau praktikal kat USM Penang mesti dah dapat makan Nasi Kandar ni..I Miss Nasi Kandar

Tuesday, April 19, 2011

FINAL~

Salam..

Pada awal minggu ini bermulalah minggu ulangkaji untuk peperiksaan akhir yang akan start pada 26 April. Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang akan saya tempuhi:

26 April- ARW
         27 April-Bahasa Arab
                           29 April-Scientific Communication
                           4 Mei- Cell And Tissues Culture
                                               5 Mei- Natural Resource and Legislation Management
                                    6 Mei-Plant and Animal Biotechnology
                          10 Mei- Virology and Immunology
                                11 Mei-Recombinant DNA Technology

 8 subjek kesemuanya DAN saya akan pulang pada 12 Mei nanti..hehe

Saturday, February 12, 2011

Cuti

okey, dah cuti hujung minggu..macam tak percaya je sebab tak terasa pun satu minggu berlalu macam tu je..sekarang dah pukul 4 pagi, sepatutnya tidur ni tapi sekarang masih menghadap netbook..

minggu depan dan minggu2 yang akan datang bermulalah minggu yang sibuk bagi saya. ada assignment yang due nya akhir bulan 2, exam pun akhir bulan Februari dan awal bulan Mac, aktiviti Fakulti, aktiviti kolej dan juga kelab...kena pandai bahagi masa ni, kalau tak jadi orang yang sangat2 rugi.

Abah dan Umi selalu pesan, sibuk macam mana pun study jangan lupa, mengaji pun jangan tinggal..tiba2 rindu pulak dengan abah, umi, auni dan adik2 yang lain..sekarang ni tinggal auni je la sorang kat rumah, abang dan kakak2 yang lain semua dah sambung belajar, mesti bosan duduk rumah sorang2 tak ade teman nak main.

macam nak balik rumah je sekarang ni......

Tuesday, February 8, 2011

mengantuk

mengantuknyaaaaaa...dhlah mlm semalm tdo lwat, pastu xtdo2 lg ni, ngantuknyaa..nk tdo tp bnyak keje.
esok pg nk gi ofis kolej coz nk gi menelefon peniaga2-arahan bos besar- kena pegi jugak esok ni..kalau x kena tggu hr khamis bru free..eh, tapi hr khamis da janji ngan madam safarina nk amik buku so hr ape je yg free??

huhu..lpas gi ofis nk gi kampus timur nk cari tabika UNIMAS plk sbb sy nk jd cg sementara kat sane..hehe
membonceng ngan aja ye. kami pnjm motor coursemate- supri..hope menjadi la plan esok ni.


Monday, February 7, 2011

Ogos


Ogos?? hehe, sya dilahirkan dalam bulan ogos..nak jugak tahu kan mcm mane character org yg lahir bulan ogos ni kan..berdasarkan kajian oleh Dr Fadzilah Kamsah org yg lahir bulan ogos ni :

~ Suka berlawak..betul ke???hehehe
~ Mudah tertawan padanya.....aah, haha
~ Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain...apa 
          pendapat kwn2?
~ berani dan tidak tahu takut....hahaha
~ orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan....ye ke tegas???
~ pandai pujuk orang lain.....sape yg nk merajuk meh say
         pujukkan
~ terlalu pemurah n bersikap ego....ego? mcm betul je..hehe
~ nilai harga diri yg sangat tinggi...mestilah
~ dahagakan pujian....heheheheh, puji la bnyak2 ye
~ semangat juang yang luar biase....woo, pantang 
         dicabar..haha
~ cepat marah n mudah merajuk..sometimes
~ mudah marah apabila cakapnya dilawan..ooooo
~ sangat cemburu....betul ke x ni ye?
~ daya pemerhatian yang tajam dan teliti...HAA, ni mmg 
         betul!
~ cepat berfikir..kadang2 xpun
~ fikiran yg berdikari
~ suka memimpin dan dipimpin
~ sifat suke berangan......mmg sy ni bnyk berangan..hihi
~ berbakat dalam seni lukis, hiburan n silat....seni lukis?
          mcm x betul je,  hiburan?nyanyi salah lirik adela, 
          silat? taekwando je reti lah
~ sangat sensitif tp x mudah merajuk...eh, tp kat atas bgthu mudah 
       merajuk...hehehe
~ cepat sembuh apabila ditimpa penyakit....betul ni, xpernah sakit lame2..
       satu hr je biasenya
~ belajar untuk bertenang
~ sikap kelam kabut...hehehehe, yg ni betul ni
~ romantik, pengasih dan penyayang...wah!hehe
~ suka mencari kawan...ye betul, bak kata pujangga kot yg 
        berkawan biar  seribu, berkasih biar satu..

 jd konklusinya, ad bnyak persamaan jugaklah..hehe, sape2 yg lahir bulan ogos tu, ade ke ciri2 ni?

Happy Birthday Cik Hajar


hehehe..hari ni 7.2.2011 adalah hari kelahiran Siti Hajar Bt Mohamad Jufri, dilahirkn di selangor..sy dengan ini ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY aja yg ke 21..21 tahun dah tu, mcm x caye je kan..hehehe
lepas ni boleh gi mengundi dh..hihi
semoga tahun ni akan bertambah baik dari tahun lepas..
pesanan sy:
*jadi anak yang solehah
*moga dimurahkan rezeki dan sihat2 selalu
*let us struggle together for this semester^^
*moga dapt cari jodoh yang soleh..hehe
*cepat2 cr boyfriend..hahaha
*jom gi sabah tahun dpn..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...