Monday, August 29, 2011

Kerja2


Baru lepas membasuh lantai kat luar, penat memang penat tapi kerja tetap buat :)
Dari pukul 9 pagi tadi sampai pukul 12.30 tadi baru siap..fuhh, basuh2 lantai, lap2 tiang yang banyak. Nasib baik ada adik bongsu-Auni yang menolong..Tahu dia nak menolong tu sebab nak main air je tu, tapi paksa jugak dia buat kerja..haha

Monday, August 15, 2011

Jodoh

Salam.






Mesti ramai yang selalu bertanya pasal jodoh, tak pun siapa girlfriend, siapa boyfriend, bila nak kahwin etc.


Jadi jika ada yang bertanya, inilah jawapan yang terbaik untuk menjawab soal jodoh :


Kenapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk kita


Dah berpunya?
Ya, kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2


Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepada diri kita


Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti


Oleh itu, janganlah kita selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia dia terletak di tangan Allah. Sampai masa Allah akan membongkarnya


p/s: copy from my friend



Sunday, August 14, 2011

Running Man

Salam

Dah sebulan bercuti di rumah bermakna tinggal lagi sebulan sebelum balik Unimas. Tiket flight dah beli, yang bestnya dapat tiket murah. Saje2 je check Air Asia hari tu sebab memang nak kena beli tiket dah, takut harga lagi mahal. Buka je tengok harga KL-Kuch RM 53! Apa lagi terus beli lah! he he he. Walaupun terlepas nak beli time harga RM0 dulu, ni pun kira okey la ni, susah nak dapat murah2 ni, time promo je. Jadi bila total tak sampai RM100 pun. So, check pulak yang dari KT-KL, uish! lagi mahal dari Kl-Kuch! tapi nak buat camne beli je la. Biasanya kalau dari Terengganu tak sampai RM100 pun. Tapi tak ape, yang penting dah beli tiket. Alhamdulillah, tak perlu risau pasal tiket lagi. :)

Dah selesai tiket jadi mari kita bercerita pasal Running Man. Running Man ni variety show dari Korea, memang best sangat! kalau tak gelak memang tak sah.

Ni lah ahli2 tetap Running Man, setiap minggu akan ada guest

antara aksi2 kelakar diorang

Time ni Running Man pergi Thailand

Yoo Jae Suk. Dia ni macam lead host la antara ahli Running Man yang lain
Antara guest yang pernah datang :

Kim Hyun Joong

Jang Hyuk

Yuri SNSD

Daesung BigBang

Hee Chul Super Junior
Jadi, mari kita sambung tengok lagi Running Man. Episod yang tengah tayang sekarang episod 56 tapi saya baru  tengok episod 54. jadi siapa2 yang nak tengok boleh download atau watch online dekat SINI ataupun this one. Tak pun tengok dekat Astro One HD channel 393. :)

Selamat menonton!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...