Tuesday, June 28, 2011

Aura Warna Solat

Salam


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam-Ustaz Zahazan


Saya ada terbaca pasal kaitan warna alam dengan solat dah lama jadi saya nak share balik apa yang saya baca. Jom baca :)


SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


ASAR
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYA'
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Friday, June 17, 2011

Tidak!!

Alamak! Bila check balik petang tadi harga tiket dah naik balik jadi RM100+..cepat sungguh habis


p/s: bile nak beli tiket ni

Salam Jumaat

Salam.

Sekarang dah pukul 4.10pm, tengah tunggu nak balik je..minggu ni balik Nilai kat rumah Amilan--->ayah saudara, minggu lepas balik Wangsa Maju jadi minggu ni mesti la balik Nilai..gilir2..hehe

Oh ya, Aimi bagitahu tiket balik Sarawak 10hb murah, RM23 je! kalau total semua dalam RM40..murah tu, kena beli tiket cepat2 ni, nanti harga naik balik

bye2 :)

Wednesday, June 15, 2011

Gegaran

Salam

Selamat pagi :))

Gegaran?? gegaran apa? ceritanya bermula macam ni..hehehe

Semalam bersamaan hari Selasa 14 Jun 2011, saya pergi kerja macam biasa, sampai kat lab dalam pukul 7.35 am kalau tak silap..dah sampai mestilah rilek2 dulu sambil tunggu Kak Siti a.k.a akak kat lab. Bila Kak Siti  dah sampai kami borak2 lah sebab keje biasanya start kul 8.30..Tengah2 syok berborak tetiba dengar bunyi macam ade benda bergegar, terus tengok kat sebelah kiri..Rupanya pintu sliding door bilik laminar flow bergegar..terkejut kot, mcm pelik pulak kenapa pintu tu tetiba bergegar..tapi sekejap je, x sampai 1 minute rasanya, x kira lah pulak..hehe

Lepas tu, Kak Siti ni pergilah Lab sebelah yang di incharge oleh En Azmi sebab nak amik pure water untuk buat Agar..balik je, terus Kak Siti bagitahu pasal bergegar..saya dengar macam Kak Siti cakap " En Azmi jatuh, sampai kerusi bergegar..pastu saya jawab " oo, ye ke ''

Malam tu pulak saya ada ternampak Ker Shing post kat facebook tanya Yen Sze dan Boon Yee pasal tremors..saya pun join la comment tnya tremors apa, pastu dia bagitahu pagi selasa /semalam tu ade gempa bumi berlaku kat Sumatera..area Selangor ada terasa gegaran tapi yg paling worst kat Putrajaya..saya macam ok, i better be careful


                                                                    sumber dari Google

Pagi ni saya cerita kat Kak Siti ada gempa bumi berlaku kat Sumatera, dan ada gegaran kat Selangor dan Putrajaya..pastu dia cakap "aah, kan akak dah cakap semalam, sebab tu pintu sliding tu bergegar"
saya pun " owh, ye ke? x perasan pulak akak cakap macam tu..hehe, yang En Azmi tu kenapa pulak?
Kak Siti jawab " masa dia duduk kat kerusi dia pun terasa bergegar, apa yang awak dengar akak cakap semalam? saya  pun jawab la macam ni " hehehe, saya salah dengar..saya ingat kan akak cakap En Azmi jatuh kerusi..patutla x logik sampai pintu sliding boleh bergegar macam tu sekali"
Tapi, masa first Kak Siti bagitahu pasal kerusi En Azmi tu, saya tak terus relate dengan pintu sliding yang bergegar, saya just macam "oo, ye ke? okey" terima seadanya, haha

Jadi moral of the story :

Lain kali saya kena dengar betul2, itulah padahnya bila tak beri tumpuan bila orang lain tengah bercakap..jangan terima je bulat2


p/s: semoga selamat semuanya yang berada Sumatera

Saturday, June 11, 2011

Selamat Tengahari

Salam.

lama tak update blog, nak update tapi tak sempat sempat lagi. kerja @ praktikal memang penat tapi best!
lain kali baru update betul2 ye..hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...