Saturday, May 24, 2014

Bercuti di Sabah: Part 2

Salam.

Sambungan dari post Bercuti di Sabah: Part 1, kami bermalam di Mountain Resthouse yang mana terletak betul-betul di lereng bukit. Resthouse ini dikelilingi oleh bunga-bunga yang memang ditanam di sekeliling.

                                                         

                                                                           Bergambar di depan Mountain Resthouse


Kami ambil satu bilik triple dan satu bilik single. Bilik triple RM70 semalam dan bilik single RM30. Untuk orang-orang bujang macam kami okeylah. Kalau dah bekeluarga mungkin perlukan bilik atau rumah yang lagi besar. Lupa pula nak ambil gambar dalam bilik. Dalam bilik triple ada satu katil king dan satu katil double decker. Tapi kami bertiga guna satu katil je sebab besar. Tandas pun ada dalam bilik je. Senang.

Cuaca di Kundasang sangatlah sejuk jika dibandingkan dengan Cameron Highlands. Sangat sejuk, sampaikan pakai stokin, berselimut pun masih sejuk. Menggigil yang amat exagaratte sangat sebab mestilah musim sejuk kat luar negara lagi sejuk kan menunjukkan betapa sejuknya kat sana. Boleh bayangkan lagi sejuknya walaupun pergi tahun lepas. Salah satu sebabnya Kundasang masih terpelihara daripada sebarang pembangunan jika dibandingkan dengan Cameron Highlands. Nak mandi pagi pun wajib pakai pemanas. Kononnya nak cuba mandi tanpa pemanas, SEJUK. grrrrrr. Best mandi sejuk, tapi tak tahan manalah. Haha.

Oh ya, parking kat sini takdelah besar mana. Masa kami pergi adalah dalam 5-6 buah kereta yang parking. Sebab resthouse ni sebelah jalan je dan tempat parking dia kecil.

Hari ketiga kami menuju ke Poring Hot Spring di Ranau.







                                                                        Berasap-asap


Kami tak mandi pun sekadar rendam kaki je. Suhu air pun boleh adjust sendiri. Kolam kat sini memang bersih dan dijaga. Waktu beroperasi Poring Hot  Spring dari 7 am sehingga 6 pm dan bayaran masuk RM 3 sahaja bagi dewasa. Waktu ni kami sampai dalam pukul 7 lebih. Tak ada orang pun lagi. Iyalah banyak tempat lagi nak singgah, jadi kenalah datang awal.

Oh ya, kat dalam Poring Hot Spring ni juga ada Butterfly farm, Canopy Walkway, Bat Cave dan air terjun. Tapi kami sempat pergi Canopy walkway je sebab Butterfly farm buka lambat, air terjun pulak jauh sikit ke dalam hutan.



















Lepas dah berendam kaki, kami amik keputusan nak pergi canopy walk. Masih ditempat yang sama, cuma kena jalan ke dalam lagi. Sambil tu tengok keindahan alam. Sungguh mendamaikan. Dalam 5 minit perjalanan je dari kolam air panas ni.



                                                               Siap ada restoren ya



Jom masuk!!

Sangat tinggi. Nasib baik tak gayat. Hehe

Yang sebenarnya kan, lepas masuk main gate kami kena meredah hutan sebelum sampai di checkpoint nak naik canopy. Ingatkan dekat jelah nak naik bukit tu kan. Rupa-rupanya dalam 200 meter jugaklah. Tapi saya rasa macam lebih 200 m je. Haha. Dengar pakai baju tu lagi. Nasib baik pakai kasut. Ada dalam 3-4 checkpoint canopy walk kalau tak silap. Kak Ana agak gayat, memang tak pandang bawahlah. Tapi saya buat-buat berani pandang bawah. Fuhh, nasib baik tak gayat.

  On the way turun ke main gate. Bila turun laju je. Hehe


Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Tagal untuk mendapatkan 'Fish Massage'. Hanya 10 minit je dari Poring Hot Spring tadi.


Apa perasaan anda bila ikan datang dekat anda lepas tu ikan tu 'suck' proper tak ayat ni? tangan, kaki anda. Saya boleh cakap GELI. Masa mula-mula tu ramai je yang jerit sebab geli. Tapi lepas dah biasa, okey je. Siap hulur je tangan masuk dalam air tunggu ikan hisap tangan kita.

Majoriti ikan kat sini ikan keli dan beberapa spesies lain. Ikan ni bersiap sedia gerak tepi sungai nak jumpa tetamu. lol

Cubaan memberi makanan kepada ikan-ikan. Dalam tangan yang digenggam tu ada makanan ikan.
Masa ikan tu 'suck' tangan kami, bunyi dia kuat. Hehe. Tak sabar betul ikan-ikan ni.

Cubaan untuk menangkap ikan. Sebenarnya tak boleh ye hehe





Jambatan gantung merentasi Sg Morali

Lepas dah seronok main dengan ikan-ikan, kami teruskan ekspedisi mencari tempat pemeliharaan Rafflesia pulak. Pusing-pusing jugaklah cari tempat ni sebab tak tahu kat mana. Tak ingat dah berapa lama masa kami ambil nak cari tempat ni. Akhirnya alhamdulillah kami jumpa jugak  tempat ni. 

Mula-mula sampai kami ingatkan tempat ni macam taman tapi sebenarnya tempat ni kat belakang rumah orang je ! Terkejut jugak sebab ada nampak banner pasal rafflesia ni tapi tak sangka belakang rumah orang. Hehe. Untung tuan rumah tu sebab raflessia hidup kat kawasan belakang rumah dia, dapat dia menjana pendapatan. Bayaran masuk agak mahal, RM10 seorang. Sehari sebelum kami sampai ada pelancong dari Jepun, China dan Singapore datang melawat.




Jarang-jarang dapat tengok raflesia depan mata

Oh ya, sebenarnya kami singgah di Sabah Garden Tea,di Ranau. Kami singgah sekejap je. Nak tengok macam mana perladangan teh di Sabah. Lepas dah round sekitar, kami pun singgah beli teh. Apa yang saya boleh simpulkan kat sini, ladang teh di Cameron Highland jauh lagi cantik. Jauh sangat perbezaannya. Gambar tak ada pulak nak paparkan.

Gambar ni je yang ada. Tempat beli teh. Macam-macam jenis teh ada.

Okey next! Kami dah nak balik KK, tapi sebelum tu kena singgah lagi kat Kinabalu Park. Tak sempat lagi nak bergambar depan tu.



On the way balik ke KK kami singgah di jambatan Tamparuli kat Kampung Telibong. Jambatan ni popular sebab ada lagu tradisional Sabah tajuk Jambatan Tamparuli. Lagu ini ialah lagu kaum Dusun. Mari saya preview sikit lagu tu.

Pak pak kangku do
Sumunsui do jambatan
Jambatan do tamparuli
Bakasut tinggi oku
Sumunsui do jambatan
Jambatan do tamparuli

Kisahnya pasal seseorang yang hilang kasut semasa naik jambatan tamparuli, pastu dia beli kasut baru kat pasar tamu di Tamparuli. Pasal kasut rupanya hehe

Seterusnya kami singgah di Rumah Terbalik yg terletak dekat je dengan Jambatan Tamparuli. Bayaran masuk bagi dewasa RM10, kanak-kanak/pelajar RM5. Kami semua menggunakan keistimewaan sebagai pelajar untuk mendapatkan diskaun. Hehe. Siap dapat air free lagi ye.







Semua kat dalam rumah ni terbalik. Siling dah jadi lantai. Meja, mesin basuh semua kat atas. Lama-lama kat dalam rumah ni boleh pening. Haha.



Kereta kancil ni plat J okey. Haha

Hari keesokannya kami jalan di bandar KK sebelum pergi snorkelling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Tapi waktu kami pergi cuaca tak begitu baik, awan mendung. Jadi kami kena tunggu dulu di jeti sampai cuaca dah okey.

 Pulau Sapi. Baru je nak masuk laut, tiba2 hujan. Nasib baik sekejap je.

Gambar dekat pulau tak banyak pun sebab semua busy snorkelling. Haha. Yang penting memori masih terpahat di ingatan



Naik banana boat. Rate harga dah tak ingat. Rasanya RM100 lebih untuk 4 orang. Tapi kami naik bertiga je sebab Kak Ana takut. Hehe

Malamnya lepas balik dari pulau kami singgah makan di Pasar Pilipina. Last day kami order macam-macam.









 Udang galah ni yang paling besar saya pernah jumpa !

Okey, itu saja yang dapat saya update pasal percutian kami di Sabah. I really love Sabah ! Harapnya saya dapat datang lagi. Insyaallah.

Next trip ke Mabul mungkin? :D










                                                      





Tuesday, May 13, 2014

Bercuti di Sabah : Part 1

Salam


Setelah sekian lama baru terasa nak update blog yang dah bersawang setahun lebih. Maafkan saya. Okey! Untuk entri yang pertama tahun 2014 ini saya akan update percutian saya di Sabah tahun lepas. Ye TAHUN LEPAS. Haha.

Kami pergi ke Sabah bertiga iaitu saya, Farah dan Kak Ana. Semua kali pertama pergi Sabah, tapi tak mengapa sebab kami dibantu oleh ex-coursemate masa degree kat UNIMAS dulu. Dia juga sambung belajar jugak di UMS. Kami ke sana menaiki flight AirAsia yang kebetulan tengah ada promosi. Sebenarnya memang dah merancang lama nak pergi Sabah, tapi sebab kekangan masa dan jugak tiket yang tak berapa nak murah. Jadi tips nya disini kalau nak pegi travel mana-mana, sentiasa check website airlines. Biasanya memang ada promosi dan kita kena pandai grab tiket yang murah ! Total harga tiket  hari tu pergi balik ~ RM120.

Let's talk about the trips

Hari pertama

Flight kami pukul 3.15 pm dan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Ketibaan kami disambut oleh sahabat kami di sana yang juga menjadi driver sepanjang trip kami selama 5 hari.




 Sampai airport terus kami pergi ke Hotel Iskandar. Hotel ni betul-betul depan Pasar Filipina, jalan kaki je melintas seberang. Sampai terus letak beg, dan makan. Yeay !!

Harga bilik ni semalam RM57. Agak murah dan sangat okey untuk 3 orang. Bilik air pun kat dalam bilik jugak. Siap ada heater tau sebab sangat sejuk *sebab aircond hehe*.



Lepas tu kami terus pergi makan di Pasar Filipina. Bukan dekat Filipina ya, nama je Pasar Filipina tapi masih di Sabah. Kawan bagitahu sebab peniaga kat situ ramai dari Filipina. Dia siap dapat bezakan siapa sabahan dan jugak dari Filipina. Katanya dapat bezakan dari segi pakaian dan percakapan diorang. Tapi saya memang tak tahu beza hehe.

                                                                                                 Bersama Kak Ana

                                                                                                             Latok

                                                                                                             Sotong

                                               




                                                                         

Hari kedua

Hari ni kami bergerak ke Kudat lepas tu terus menuju Kundasang. Pukul 4.30 pagi dah bangun sebab subuh dalam pukul 5 lebih kurang. Perjalanan hari ni pun agak jauh, lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat. Dalam pukul 6 rasanya baru bergerak. haha. Cadangnya pukul 5 lebih dah gerak, tapi terlajak sudah. Pukul 6 kat sana dah macam pukul 7 lebih kat semenanjung.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai di Kudat. Ada apa ya di Kudat ni? Haa, sebenarnya kat sini adanya The Tip of Borneo atau nama lainnya Tanjung Simpang Mengayau bagi Sabahan. The tip of Borneo merupakan antara tempat pelancongan yang popular di Sabah. Sebab apa tempat ni menarik? Sebab di sinilah titik pertemuan laut china selatan dan laut sulu. Menarik kan? Dan yang best adalah pemandangannya yang sangat cantik. Subhanallah. Kagum dengan ciptaan Allah.





The Tip of Borneo. Tapi tak berani nak turun sampai kat batu-batu tu. Bahaya. Tak dibenarkan pun hehe

Cuba tengok pokok tu, menunjukkan angin  yang sangat kuat





                                                                                             The Tip of Borneo



Oh ya, kat sini tiada bayaran masuk ya. Percuma saja.


Lebih kurang 1 jam lepas tu kami bergerak ke Ranau pula.

                                                 Sebelum tu singgah beli kudapan dulu, maklumlah masing-masing lapar



Sebelum kami sampai ke Ranau, kami singgah di Kota Belud untuk solat dan makan tengahari.

Dan, akhirnya selepas 2 jam lebih perjalanan, kami sampai di Kundasang !! Sejuk sangat kat sini. 

Tak berapa nampak Gunung Kinabalu sebab diliputi awan


Tempat pertama kami singgah semasa sampai di Kundasang ialah Kinabalu Park. Di sinilah pintu masuk bagi pendaki gunung. Kami mampu tengok je sebab mendaki gunung tak termasuk dalam tentatif. Padahal tak fit pun nak daki gunung tu hehe. 

Bayaran masuk:
Dewasa RM4
Kanak-kanak RM3

Waktu kami sampai kat sini ada satu kumpulan baru turun dari gunung. Bayangkan semuanya dah berumur! Tapi diorang sangat fit. Kagum dengan Uncle2 tu. Malu kami yang masih muda ni. Terus tanam azam nak pergi mendaki gunung. Insyaallah bila tiba masanya



 Sebenarnya sangat sejuk kat sini, tapi kami masih mampu tahan lagi. Bagi yang tak berapa boleh nak tahan sejuk bolehlah prepare baju sejuk awal-awal ye.

Di Kinabalu park juga terdapat Botanical Garden, tapi kami tak singgah. Cukuplah tengok pemandangan sepanjang naik dan turun.

                                                                                                 Gate 1



                                                                                    Preview puncak Gunung Kinabalu

Seterusnya kami menuju ke New Zealand ! Eh silap Desa Dairy Farm Hehe

Bayaran masuk bagi dewasa RM4, manakala kanak-kanak RM3.




                                       Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Pemandangan yang sangat cantik! Subhanallah

                                                       So fluffy ! Bulu anak lembu ni tak macam lembu yang biasa kita tengok

                                                                        Bersama ibu dan anak lembu. Anak lembu ni baru je lahir

                                                                                       Wajib ambil gambar kat sini





Seterusnya kami singgah di Kundasang War Memorial.

Bayaran masuk hanya RM2.



Jangan curi bunga ya !






                                                                                         Australian Garden






Asasnya tempat ni untuk memperingati askar-askar dari Australia dan Britain yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



Ternampak iklan pasal Raflesia. Kebetulan waktu kami sampai di Kundasang bunga Raflesia baru mula mekar. Raflesia mengambil masa selama 9-10 bulan untuk mengembang, dan hanya dapat hidup 5-7 hari sahaja. Jadi ini peluang yang kami tak akan dilepaskan. Semua teruja sebab tak pernah tengok Raflesia seumur hidup. Kami rancang esoknya kami akan cari tempat raflesia ni di Ranau.


Stay tuned!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...