Thursday, April 7, 2016

Setahun sekali

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk post kali ni ialah setahun sekali. Sebabnya bila tengok balik post yang lepas-lepas update blog macam setahun sekali je haha.

Tahun 2015 dah berlalu, ada beberapa azam tahun lepas yang dah berjaya dan ada yang masih in-progress. Alhamdulillah. Teringat lagi buat video azam tahun 2015 dengan Bib dan Tasha. Kat mana entah video tu. Okey mari cari sekarang hehe. Jadi untuk tahun 2016 macam mana pula ye? Apa azam Ain Najwa pada tahun ni agaknya? Dah masuk April dah. Nanti nak list kan.


Sekian sahaja dari saya, tak tahu dah nak taip apa lagi. Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang, yang tak tahulah bila tu hehehe.





Thursday, June 4, 2015

Pernah tak?



Pernah tak rasa kenapa kita buat sesuatu? Pernah tak rasa kenapa kita jadi begini?  Pernah tak rasa nak deactivate je semua laman sosial? Pernah tak rasa nak luahkan perasaan di laman sosial tapi tak buat sebab fikir apa tujuan kita luahkan kat laman sosial? Pernah tak rasa nak upload sesuatu tapi fikir balik apa rasionalnya? Pernah tak rasa macam kita bagitahu semua orang pasal diri kita setiap hari. Pernah tak rasa nak luahkan perasaan tapi tak tahu pada siapa? Pernah tak fikir apa yang orang akan fikir pasal kita?

Mungkin sebab terlalu memikirkan sesuatu perkara. Inilah jadinya. Tapi. Bukan semuanya berkait dengan perkara negatif. Macam mana penerimaan kita itulah apa yang kita dapat. Always think positive. Tapi bila sentiasa berfikiran positif , adakah ianya bagus untuk kita? Bagi saya lebih baik begitu dari kita memikirkan perkara yang negatif. Tak ada faedah pun untuk kita.

Entahlah apa yang saya merepek. Saya pun tak tahu. Just my two cents. Mood sakit kepala sebab minum kopi pekat.

Okey.

Bye.

Saturday, November 29, 2014

White water rafting at Gopeng, Perak

Assalamualaikum.

Disebabkan malam ni mood writing tak ada jadi nak update blog yang dah bersawang ni lah. 

Okey, saya nak cerita sikit pasal white water rafting ni. Saya pergi dengan labmate iaitu Tasha dan kawan-kawannya. Tak ingat dah bulan berapa pergi, yang pastinya hari Isnin =,=" Kami semua ponteng lab, tapi ganti dengan pergi lab hari Sabtu =D

Macam mana tiba-tiba boleh pergi rafting ni? Ini semua ajakan dari kawan Tasha sebab Groupon ada bagi promosi untuk white water rafting ni. Harga dari RM180 jadi RM88 seorang. Rasanya Groupon selalu je ada promosi macam ni. Walaupun mahal, tapi sebab nak dapatkan pengalaman tu kami sanggup bayar. Dan memang dah lama nak buat aktiviti macam ni, cuma tak ada peluang lagi. 

Lepas dah settle bayaran, sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Disebabkan kami nak pergi sehari je ke Gopeng, kami bertolak awal pagi iaitu sebelum subuh. Ya sebelum subuh! Pukul 4.30 pagi dah siap-siap, pukul 5 pagi je kami terus gerak. Kami berhenti sembahyang di RnR ( tak ingat nama). Lebih kurang pukul 8 lebih kami sampai di destinasi yang ditujui. Memang mendamaikan. Ala-ala resort ditepi sungai.

Kami sampai je kat sana, kami di sambut oleh kucing dan monyet yang ada di situ. Hehe. Terus jumpa orang yang in-charge kat sana, isi borang perjanjian dan kami dah bersedia. Sebelum turun sungai kenalah ada safety talk dulu. Explain cara-cara nak pegang paddle dengan betul, apa yang perlu dibuat bila boat terlanggar batu and etc. Siap kena sebut jump-jump bila boat kat atas batu, takpun boom-boom bila nak jatuh dari tempat tinggi. Ya Allah! Haha. Kelakar bila teringat balik.

Preview sungai di Gopeng

                
Jom mulakan pengembaraan !


Berdebar-debar semua tunggu nak terjun



Tak tahulah berapa gelen air diorang ni minum






Kami ambil masa lebih kurang 2-3 jam jugak nak habiskan route sungai ni. And for your information, level air kitorang pergi ni tahap 1 or 2 je sebab bukan musim hujan. Kalau musim hujan tahap 4 dan 5. maksudnya lagi adventurer lah! Air lagi tinggi, dan semestinya lagi berdebar-debar.

Jangan bimbang, kami tak terbalik

guider saje capsize kan kami =,="

Jadi, secara keseluruhannya aktiviti ni memang seronok dan rasa nak pergi lagi. Saya memang syorkan pada kawan-kawan yang sukakan aktiviti mencabar tu cuba white water rafting ni. Nak lagi best, ada satu tempat kat sabah yang memang best untuk rafting ni. Dekat Tenom rasanya, kalau tak silaplah ye. Jauh sangat? Takpe, di Kuala Kubu Baru (KKB) pun ada. Jadi saving duitlah siap-siap kalau nak pergi.


Okey, sekian dahulu daripada saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.


Assalamualaikum.


Monday, October 27, 2014

Snorkelling di Pulau Lang Tengah, Terengganu

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lamanya tak update blog. Tetiba teringat nak update pasal pergi snorkeling di Pulau Lang Tengah bulan Jun yang lepas.

Kebetulan ada kawan kahwin bulan Jun tu, jadi terus amik kesempatan pergi snorkeling bersama adik adik dan kawan. Kami pergi sehari je pada 9 Jun. Sebab tak boleh cuti lama-lama nanti Supervisor cari. Haha.

Okey, mari mulakan. Hehe. Kami bertolak pukul 7.30  pagi dari rumah. Perjalanan dari rumah ke Jeti Merang hanyalah 20 minit. Sebenarnya dekat je dengan Jeti, tapi jarang-jarang pergi pulau =.='. Terengganu ada banyak pulau tapi sebab utama kami pilih Lang Tengah ialah sebab pulau tu antara yang tercantik dia antara pulau-pulau yang lain. Ini berdasarkan pengalaman orang-orang yang dah pergi sebelum ni dan disyorkan oleh orang orang tempatan.

Pulau ni Subhanallah sangat cantik! Water crystal clear, pasir pantai putih dalam English nya kita panggil blazing white and powdery soft. Bila jejak je kaki kat pantai tu terus rasa Waaahh bestnya! Hehe. Serius best!

Oh ya, bayaran untuk trip sehari kami lebih kurang RM65 seorang. Kami ambil package dengan Nurul Boat Services. Satu boat harganya RM500 dan boleh muat sehingga 12 orang. Waktu kami pergi ada dalam 11 orang. Dan harga sewa untuk snorkel gear RM15 seorang dan bayaran masuk Taman Laut RM5 seorang. Jadilah totalnya RM65 seorang lebih kurang. Lagi ramai yang pergi lagi murah. Ada juga package kalau nak pergi Lang tengah dan Redang atau Redang dan Bidong. Itu boleh dirunding dengan pihak berkenaan. Diorang sangat membantu :)









Disebabkan entri ni dah tertanguh lebih kurang 2 bulan, dah tak ada idea nak tulis apa. Jadi jika ada info lain yang saya ingat, saya akan tambah kemudian ye! :D

Jadi jemput tengok gambar jelah.



Bestnya kalau ada waterproof kamera :P

Antara port snorkelling. Nampak macam cetek je air ni, tapi dalam sebenarnya.


Kalau tak silap ada 3 atau 4 chekpoint untuk snorkelling. Kami keliling pulau Lang tengah ni lah. Ada satu tempat tu, subhanallah sangat cantik. Memang sepanjang snorkelling tu kita akan automatik akan berzikir subhanallah sebab kegum sangat melihat ciptaan Allah di dalam laut. Batu karangnya memang sangat cantik, macam-macam warna ada. Yang penting ianya masih terpelihara dengan baik,

Jadi bagi siapa-siapa yang sukakan laut dan snorkelling, bolehlah masukkan Lang Tengah diantara salah satu pulau yang wajib datang! :)

Sekian saja dari saya.


Selamat malam :D


p/s 1: Bestnya kalau ada kamera kalis air. Hehe
p/s 2: Oh ya, pulau akan ditutup bermula 1 Nov sehingga Mac tahun depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...