Assalamualaikum.
Disebabkan malam ni mood writing tak ada jadi nak update blog yang dah bersawang ni lah.
Okey, saya nak cerita sikit pasal white water rafting ni. Saya pergi dengan labmate iaitu Tasha dan kawan-kawannya. Tak ingat dah bulan berapa pergi, yang pastinya hari Isnin =,=" Kami semua ponteng lab, tapi ganti dengan pergi lab hari Sabtu =D
Macam mana tiba-tiba boleh pergi rafting ni? Ini semua ajakan dari kawan Tasha sebab Groupon ada bagi promosi untuk white water rafting ni. Harga dari RM180 jadi RM88 seorang. Rasanya Groupon selalu je ada promosi macam ni. Walaupun mahal, tapi sebab nak dapatkan pengalaman tu kami sanggup bayar. Dan memang dah lama nak buat aktiviti macam ni, cuma tak ada peluang lagi.
Lepas dah settle bayaran, sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Disebabkan kami nak pergi sehari je ke Gopeng, kami bertolak awal pagi iaitu sebelum subuh. Ya sebelum subuh! Pukul 4.30 pagi dah siap-siap, pukul 5 pagi je kami terus gerak. Kami berhenti sembahyang di RnR ( tak ingat nama). Lebih kurang pukul 8 lebih kami sampai di destinasi yang ditujui. Memang mendamaikan. Ala-ala resort ditepi sungai.
Kami sampai je kat sana, kami di sambut oleh kucing dan monyet yang ada di situ. Hehe. Terus jumpa orang yang in-charge kat sana, isi borang perjanjian dan kami dah bersedia. Sebelum turun sungai kenalah ada safety talk dulu. Explain cara-cara nak pegang paddle dengan betul, apa yang perlu dibuat bila boat terlanggar batu and etc. Siap kena sebut jump-jump bila boat kat atas batu, takpun boom-boom bila nak jatuh dari tempat tinggi. Ya Allah! Haha. Kelakar bila teringat balik.
Preview sungai di Gopeng |
Jom mulakan pengembaraan !
Berdebar-debar semua tunggu nak terjun |
Tak tahulah berapa gelen air diorang ni minum |
Kami ambil masa lebih kurang 2-3 jam jugak nak habiskan route sungai ni. And for your information, level air kitorang pergi ni tahap 1 or 2 je sebab bukan musim hujan. Kalau musim hujan tahap 4 dan 5. maksudnya lagi adventurer lah! Air lagi tinggi, dan semestinya lagi berdebar-debar.
Jangan bimbang, kami tak terbalik |
guider saje capsize kan kami =,=" |
Jadi, secara keseluruhannya aktiviti ni memang seronok dan rasa nak pergi lagi. Saya memang syorkan pada kawan-kawan yang sukakan aktiviti mencabar tu cuba white water rafting ni. Nak lagi best, ada satu tempat kat sabah yang memang best untuk rafting ni. Dekat Tenom rasanya, kalau tak silaplah ye. Jauh sangat? Takpe, di Kuala Kubu Baru (KKB) pun ada. Jadi saving duitlah siap-siap kalau nak pergi.
Okey, sekian dahulu daripada saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Assalamualaikum.
wow3x...
ReplyDelete