Salam.
Sambungan dari post
Bercuti di Sabah: Part 1, kami bermalam di Mountain Resthouse yang mana terletak betul-betul di lereng bukit. Resthouse ini dikelilingi oleh bunga-bunga yang memang ditanam di sekeliling.
Bergambar di depan Mountain Resthouse
Kami ambil satu bilik triple dan satu bilik single. Bilik triple RM70 semalam dan bilik single RM30. Untuk orang-orang bujang macam kami okeylah. Kalau dah bekeluarga mungkin perlukan bilik atau rumah yang lagi besar. Lupa pula nak ambil gambar dalam bilik. Dalam bilik triple ada satu katil king dan satu katil double decker. Tapi kami bertiga guna satu katil je sebab besar. Tandas pun ada dalam bilik je. Senang.
Cuaca di Kundasang sangatlah sejuk jika dibandingkan dengan Cameron Highlands. Sangat sejuk, sampaikan pakai stokin, berselimut pun masih sejuk. Menggigil yang amat
exagaratte sangat sebab mestilah musim sejuk kat luar negara lagi sejuk kan menunjukkan betapa sejuknya kat sana. Boleh bayangkan lagi sejuknya walaupun pergi tahun lepas. Salah satu sebabnya Kundasang masih terpelihara daripada sebarang pembangunan jika dibandingkan dengan Cameron Highlands. Nak mandi pagi pun wajib pakai pemanas. Kononnya nak cuba mandi tanpa pemanas, SEJUK. grrrrrr. Best mandi sejuk, tapi tak tahan manalah. Haha.
Oh ya, parking kat sini takdelah besar mana. Masa kami pergi adalah dalam 5-6 buah kereta yang parking. Sebab resthouse ni sebelah jalan je dan tempat parking dia kecil.
Hari ketiga kami menuju ke Poring Hot Spring di Ranau.
Berasap-asap
Kami tak mandi pun sekadar rendam kaki je. Suhu air pun boleh adjust sendiri. Kolam kat sini memang bersih dan dijaga. Waktu beroperasi Poring Hot Spring dari 7 am sehingga 6 pm dan bayaran masuk RM 3 sahaja bagi dewasa. Waktu ni kami sampai dalam pukul 7 lebih. Tak ada orang pun lagi. Iyalah banyak tempat lagi nak singgah, jadi kenalah datang awal.
Oh ya, kat dalam Poring Hot Spring ni juga ada Butterfly farm, Canopy Walkway, Bat Cave dan air terjun. Tapi kami sempat pergi Canopy walkway je sebab Butterfly farm buka lambat, air terjun pulak jauh sikit ke dalam hutan.
Lepas dah berendam kaki, kami amik keputusan nak pergi canopy walk. Masih ditempat yang sama, cuma kena jalan ke dalam lagi. Sambil tu tengok keindahan alam. Sungguh mendamaikan. Dalam 5 minit perjalanan je dari kolam air panas ni.
Siap ada restoren ya
Jom masuk!!
Sangat tinggi. Nasib baik tak gayat. Hehe
Yang sebenarnya kan, lepas masuk main gate kami kena meredah hutan sebelum sampai di checkpoint nak naik canopy. Ingatkan dekat jelah nak naik bukit tu kan. Rupa-rupanya dalam 200 meter jugaklah. Tapi saya rasa macam lebih 200 m je. Haha. Dengar pakai baju tu lagi. Nasib baik pakai kasut. Ada dalam 3-4 checkpoint canopy walk kalau tak silap. Kak Ana agak gayat, memang tak pandang bawahlah. Tapi saya buat-buat berani pandang bawah. Fuhh, nasib baik tak gayat.
On the way turun ke main gate. Bila turun laju je. Hehe
Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Tagal untuk mendapatkan 'Fish Massage'. Hanya 10 minit je dari Poring Hot Spring tadi.
Apa perasaan anda bila ikan datang dekat anda lepas tu ikan tu 'suck' proper tak ayat ni? tangan, kaki anda. Saya boleh cakap GELI. Masa mula-mula tu ramai je yang jerit sebab geli. Tapi lepas dah biasa, okey je. Siap hulur je tangan masuk dalam air tunggu ikan hisap tangan kita.
Majoriti ikan kat sini ikan keli dan beberapa spesies lain. Ikan ni bersiap sedia gerak tepi sungai nak jumpa tetamu. lol
Cubaan memberi makanan kepada ikan-ikan. Dalam tangan yang digenggam tu ada makanan ikan.
Masa ikan tu 'suck' tangan kami, bunyi dia kuat. Hehe. Tak sabar betul ikan-ikan ni.
Cubaan untuk menangkap ikan. Sebenarnya tak boleh ye hehe
Jambatan gantung merentasi Sg Morali
Lepas dah seronok main dengan ikan-ikan, kami teruskan ekspedisi mencari tempat pemeliharaan Rafflesia pulak. Pusing-pusing jugaklah cari tempat ni sebab tak tahu kat mana. Tak ingat dah berapa lama masa kami ambil nak cari tempat ni. Akhirnya alhamdulillah kami jumpa jugak tempat ni.
Mula-mula sampai kami ingatkan tempat ni macam taman tapi sebenarnya tempat ni kat belakang rumah orang je ! Terkejut jugak sebab ada nampak banner pasal rafflesia ni tapi tak sangka belakang rumah orang. Hehe. Untung tuan rumah tu sebab raflessia hidup kat kawasan belakang rumah dia, dapat dia menjana pendapatan. Bayaran masuk agak mahal, RM10 seorang. Sehari sebelum kami sampai ada pelancong dari Jepun, China dan Singapore datang melawat.
Jarang-jarang dapat tengok raflesia depan mata
Oh ya, sebenarnya kami singgah di Sabah Garden Tea,di Ranau. Kami singgah sekejap je. Nak tengok macam mana perladangan teh di Sabah. Lepas dah round sekitar, kami pun singgah beli teh. Apa yang saya boleh simpulkan kat sini, ladang teh di Cameron Highland jauh lagi cantik. Jauh sangat perbezaannya. Gambar tak ada pulak nak paparkan.
Gambar ni je yang ada. Tempat beli teh. Macam-macam jenis teh ada.
Okey next! Kami dah nak balik KK, tapi sebelum tu kena singgah lagi kat Kinabalu Park. Tak sempat lagi nak bergambar depan tu.
On the way balik ke KK kami singgah di jambatan Tamparuli kat Kampung Telibong. Jambatan ni popular sebab ada lagu tradisional Sabah tajuk Jambatan Tamparuli. Lagu ini ialah lagu kaum Dusun. Mari saya preview sikit lagu tu.
Pak pak kangku do
Sumunsui do jambatan
Jambatan do tamparuli
Bakasut tinggi oku
Sumunsui do jambatan
Jambatan do tamparuli
Kisahnya pasal seseorang yang hilang kasut semasa naik jambatan tamparuli, pastu dia beli kasut baru kat pasar tamu di Tamparuli. Pasal kasut rupanya hehe
Seterusnya kami singgah di Rumah Terbalik yg terletak dekat je dengan Jambatan Tamparuli. Bayaran masuk bagi dewasa RM10, kanak-kanak/pelajar RM5. Kami semua menggunakan keistimewaan sebagai pelajar untuk mendapatkan diskaun. Hehe. Siap dapat air free lagi ye.
Semua kat dalam rumah ni terbalik. Siling dah jadi lantai. Meja, mesin basuh semua kat atas. Lama-lama kat dalam rumah ni boleh pening. Haha.
Kereta kancil ni plat J okey. Haha
Hari keesokannya kami jalan di bandar KK sebelum pergi snorkelling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Tapi waktu kami pergi cuaca tak begitu baik, awan mendung. Jadi kami kena tunggu dulu di jeti sampai cuaca dah okey.
Pulau Sapi. Baru je nak masuk laut, tiba2 hujan. Nasib baik sekejap je.
Gambar dekat pulau tak banyak pun sebab semua busy snorkelling. Haha. Yang penting memori masih terpahat di ingatan
Naik banana boat. Rate harga dah tak ingat. Rasanya RM100 lebih untuk 4 orang. Tapi kami naik bertiga je sebab Kak Ana takut. Hehe
Malamnya lepas balik dari pulau kami singgah makan di Pasar Pilipina. Last day kami order macam-macam.
Udang galah ni yang paling besar saya pernah jumpa !
Okey, itu saja yang dapat saya update pasal percutian kami di Sabah. I really love Sabah ! Harapnya saya dapat datang lagi. Insyaallah.
Next trip ke Mabul mungkin? :D